Masa kepresidenan Theodore_Roosevelt

Pada 1901 sewaktu Presiden William Mckinley meninggal dunia akibat tembakan seorang pengganas.

Ketika itu, ia menjadi Presiden Amerika yang termuda dalam sejarah Amerika Syarikat.

Sebagai Presiden, Theodore Roosevelt berpendirian bahawa pemerintah hendaklah;

  • Menjadi penengah antara faktor-faktor ekonomi yang bertentangan di Amerika, terutama antara golongan majikan dan buruh.
  • Menjamin keadilan bagi setiap orang dan tidak berat sebelah.

Dan presiden sebagai "pemimpin rakyat" harus mengambil tindakan apa sahaja demi kepentingan rakyat kecuali tindakan-tindakan yang dengan tegas dilarang hukum atau Konstitusi.

Presiden Theodore Roosevelt menjaga supaya perusahaan-perusahaan besar jangan sampai mempermainkan politik dan ia memaksakan pembubaran perusahan-perusahaan besar, kerana melanggar undang-undang antimonopoli.

Ia dengan lebih giat melibatkan Amerika Syarikat dalam politik antarabangsa. Ia sering mengutip sebuah peribahasa,

Berbicaralah dengan lemah lembut, tapi jangan lupa membawa pentungan yang besar

Ia tegas dalam pendiriannya bahawa negara-negara asing tidak boleh membangunkan pangkalan di Carribean, dan Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara yang boleh mencampuri urusan negara-negara Amerika lain.

Pada 1905 Presiden Theodore Roosevelt menenangi hadiah Nobel Perdamaian kerana mendamaikan Rusia dan Jepun yang sedang berperang.Ia juga merupakan presiden Amerika Syarikat yang pertama yang menggunakan Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa di Den Haag, Belanda.

Beberapa hasil usaha Presiden Theodore Roosevelt yang paling mengesankan adalah;

  • Bidang pemeliharaan alam; dengan

menambah luas tanah-hutan negara di bagian barat Amerika dalam jumlah yang besar.

  • Bidang kepentingan umum; dengan mengadakan proyek-proyek irigasi besar.